Kesihatan awam dan alam sekitar China

Di China terletaknya beberapa buah bandar paling tercemar di dunia.[152] Bilangan kesakitan pernafasan meningkat akibat pencemaran udara berleluasa.[153]
Turbin pandu angin di Xinjiang. Projek Dabancheng ialah ladang angin terbesar di Asia.

Kementerian Kesihatan, bersama rakan-rakan sejawatnya di biro-biro kesihatan wilayahnya, bertugas menyelia keperluan kesihatan para penduduk China.[154] Sejak awal 1950-an, dasar kesihatan RRC bercirikan penekanan pada kesihatan awam dan rawatan pencegahan. Ketika itu, Parti Komunis memulakan Kempen Kesihatan Patriotik yang bertujuan memperbaiki sanitasi dan kebersihan, di samping membasmi penyakit. Hasilnya, penyakit-penyakit seperti taun, demam kepialu, dan demam marak hampir disirnakan dari muka bumi China.

Dengan pembaharuan ekonomi mulai tahun 1978, kesihatan awam Cina banyak bertambah baik kerana peningkatan nutrisi walaupun lesapnya kebanyakan perkhidmatan kesihatan percuma di desa bersama Komun Rakyat. Penjagaan kesihatan di China kebanyakannya menjadi swasta berbayar. jangka hayat ketika lahir di negara ini melonjak dari 35 tahun pada tahun 1949 kepada 73.18 tahun pada tahun 2008,[155][156] manakala kadar kematian bayi menurun dari 300 perseribu pada 1950-an kepada kira-kira 23 perseribu pada tahun 2006.[157][158] Kadar malnutrisi setakat 2002[update] berada pada 12% penduduk, mengikut sumber Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.[159]

Biarpun banyak meningkat dari segi tahap kesihatan serta pengenalan kemudahan perubatan ala barat, namun China berdepan dengan kemunculan masalah kesihatan awam terbaru, termasuk masalah pernafasan akibat pencemaran udara berleluasa[153] bilangan perokok berjuta-juta,[160] dan kemungkinan HIV/AIDS epidemic pada masa akan datang, dan keobesan menjadi-jadi di kalangan pemuda bandar.[161][162] Bilangan penduduk yang begitu besar serta tempat tinggal yang saling rapat-rapat di China telah membawa kepada meletusnya wabak penyakit serius kebelakangan ini, seperti wabak SARS (penyakit seakan pneumonia) pada tahun 2003 yang kini dalam keadaan amat terkawal.[163]

Bilangan kematian berlebihan akibat pencemaran alam di China (selain merokok) dianggarkan pada 760,000 orang setahun akibat pencemaran udara dan air (termasuk pencemaran udara dalam).[164] Pada tahun 2007, China mengatasi Amerika Syarikat sebagai pengeluar karbon dioksida terbesar di dunia.[165] Kira-kira 90% bandaraya di China sedikit sebanyak mengalami pencemaran air,[166] manakala hampir 500 juta orang tidak dapat mencapai air yang selamat untuk diminum.[167] Laporan Bank Dunia dan akhbar New York Times mendakwa pencemaran industri, khususnya kepada udara, sebagai ancaman kesihatan terbesar di China.

China telah menyediakan beberapa peraturan berkenaan alam sekitar, seperti Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar 1979 yang banyak mencontohi perundangan A.S., namun alam sekitarnya masih terus merosot.[168] Walaupun peraturannya agak ketat, namun sering diabaikan oleh masyarakat setempat yang kemaruk mengejar pembangunan ekonomi. 12 tahun selepas penguatkuasaannya, hanya sebuah bandaraya China dilihat berusaha membersihkan buangan airnya.[169]

Kemusnahan alam merupakan salah satu akibat pengejaran kemakmuran China. Seorang pejuang alam terkenal di China, Ma Jun mengingatkan bahawa pencemaran air adalah antara ancaman paling serius yang dihadapi oleh China. Menurut Kementerian Sumber Air, kira-kira 300 juta rakyat China meminum air yang tidak selamat. Ini menyebabkan krisis kekurangan bekalan air semakin mendesak, dengan kekurangan air dilaporkan di 400 daripada 600 bandaraya di negara ini.[170][171]

Dengan pelaburan bernilai AS$34.6 bilion dalam teknologi bersih pada tahun 2009, China ialah pelabur utama dunia dalam teknologi tenaga boleh baharu.[172][173] China menghasilkan lebih turbin angin dan panel suria setahun berbanding negara lain.[174]

Rujukan

WikiPedia: China http://202.84.17.11/en/index.htm http://www.theaustralian.news.com.au/business/stor... http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.cis.org.au/issue_analysis/IA95/ia95.htm... http://www.chinanews.cn/news/2005/2005-11-18/14441... http://www.chinadaily.com.cn/2010-03/03/content_95... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-11/21/c... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2009-08/03/c... http://www.chinadaily.com.cn/china/2006-03/21/cont... http://www.chinadaily.com.cn/china/2008-01/11/cont...